Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPeraturan Am Kelab Perkhidmatan Awam


  • Semua kemudahan yang terdapat di Kelab Perkhidmatan Awam adalah untuk kegunaan ahli yang berdaftar sahaja. Ahli berdaftar bermaksud ahli, suami atau isteri ahli dan anak-anak ahli yang berumur 18 tahun ke bawah.
  • Ahli adalah dikehendaki untuk mecatatkan nama dan Nombor Keahlian, Nama–Nama yang hadir bersama (suami/isteri/anak-anak/pembantu rumah) pada hari berkenaan dan kemudahan yang digunakan ke dalam Buku Catatan Kehadiran Ahli untuk tujuan penyemakan dan rujukan jika berlaku bencana alam atau kecemasan.
  • Ahli hendaklah sentiasa membawa Kad Keahlian dan menunjukkan kepada Pengawal Keselamatan sebelum menggunakan kemudahan yang disediakan sebagai pengesahan.
  • Ahli adalah ditegah untuk membenarkan No Keahlian atau Kad Keahlian digunakan oleh orang yang bukan ahli dengan niat orang itu akan diberikan kebenaran masuk dan menggunakan kemudahan yang ada di Kelab. Perlu ditekankan, tanggungjawab sepenuhnya adalah diatas bahu Ahli itu sendiri.
  • Semua ahli adalah bertanggunjawab untuk sama-sama menjaga keselamatan serta kebersihan premis dan kemudahan yang disediakan.
  • Ahli adalah ditekankan untuk memakai pakaian yang bersesuaian apabila menggunakan kemudahan yang disediakan.
  • Ahli adalah bertanggunjawab sepenuhnya mengenai keadaan kesihatan masing-masing apabila menggunakan kemudahan yang disediakan.
  • Ahli tidak dibenarkan membawa keluar dari kelab sebarang peralatan sukan, perabot, barangan eletrikal & mekanikal (harta benda Kelab).
  • Ahli hendaklah sentiasa mengawasi keberadaan anak-anak semasa berada di dalam Kelab Perkhidmatan Awam.
  • Ahli hendaklah memberikan kerjasama dengan Pengawal Keselamatan apabila diarah untuk berbuat demikian.
  • Pengawal Keselamatan adalah diberi kuasa untuk menegur atau memberhentikan permaianan jika berlaku sebarang perlanggaran peraturan yang ditetapkan.
  • Ahli boleh dikenakan ganti rugi pada kadar yang ditentukan dan diluluskan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda (peralatan sukan, perabot, barangan elektrikal & mekanikal) atas sebab kecuaian sendiri atau ahli keluarga.
  • Sebarang kejadian yang menimbulkan konflik penggunaan atau pertembungan penggunaan, ahli adalah dinasihatkan untuk menggunakan pendekatan bertolak ansur sesama ahli. Pengurus Kelab hendaklah dimaklumkan jika konflik penggunaan tidak dapat diselesaikan sesama ahli)
  • Kelab Perkhidmatan Awam tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan ganti rugi terhadap kecederaan, kecelakaan dan kehilangan harta benda atau seumpamanya semasa berada di dalam dalam kawasan kelab.
  • Ahli hendaklah sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kelab Perkhidamtan Awam pada setiap masa.
  • Peraturan ini akan sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa.