Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita & Maklumat Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Bertahlil Di Kubah Makam Diraja Sempena Sambutan HPA Ke-24 Tahun 2017

Selasa, 5 Muharram 1439 bersamaan dengan 26 September 2017 – Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-24 pada tahun ini, satu Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja telah diadakan bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yaa Siin dan Doa Tahlil yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hafizzudin bin Pengiran Haji Bakar, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Ketua Imam Masjid Kampong Belimbing Subok.

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Setiausaha Tetap Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali Ke-24, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan.

Majlis Bertahlil ini merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan bersempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam.

Attachments