Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita & Maklumat Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Kesyukuran, Membaca Surah Yaasin Dan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah HPA 2017

Khamis, 7 Muharram 1439 bersamaan dengan 28 September 2017 – Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke – 24 satu Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di Masjid Ash-Saliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Awang Anuar bin Haji Salim, Pegawai Hal Ehwal Masjid selaku ketua imam dan seterusnya diikuti bacaan Surah Yaasin, dan bacaan Doa Kesyukuran Khas Hari Perkhidmatan Awam.

Turut hadir Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perkhidmatan Awam Kali Ke-24 dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan kakitangan kerajaan.

Majlis yang sama juga diadakan secara serentak di daerah-daerah lain iaitu di Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong. Turut hadir di Daerah Belait ialah Yang Mulia Awang Haji Kamaluddin bin Haji Bungsu, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri. Bagi Daerah Tutong pula ialah Yang Mulia Awang Haji Mohamad Azmi Bin Haji Mohd Hanifah, Setiausaha Tetap (Perindustrian) di Jabatan Perdana Menteri, dan di Daerah Temburong ialah Yang Mulia Dato Paduka Kapten (B) Abdul Rahman Bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan.


Attachments