WWW Laman Web Rasmi JPA    Google

 




 

Laman Utama > LDP

BORANG – BORANG / LAMPIRAN LDP

  1. SOKONGAN MENGIKUTI LDP
  2. PANDUAN MENGISI BORANG SETELAH MENDAPAT KEBENARAN

DALAM NEGERI

LUAR NEGERI

  1. PANDUAN MENGISI BORANG SETELAH TAMAT KURSUS DALAM DAN LUAR NEGERI

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN YANG
MENGAWAL LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SEBERANG LAUT (LDPSL)

Satu peraturan telah dikeluarkan bagi mengawal latihan dalam prkhidmatan penuh bagi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Peraturan ini dikeluarkan melalui Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 10/2006 bertarikh 1 Rabiulakhir 1427 bersamaan 29 April 2006, bertajuk Syarat-Syarat Dan Peraturan-Peraturan Yang Mengawal Latihan Dalam Perkhidmatan Seberang Laut (LDPSL). Peraturan ini berkuatkuasa mulai 1 Mei 2006 yangmana membatalkan surat-surat keliling yang berhubungkait dengannya sebelum ini, iaitu surat-surat keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 2/1991 dan 13/2004.

Syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang mengawal latihan dalam perkhidmatan seberang laut (LDPSL) adalah seperti berikut:



KANDUNGAN

  1. PENDAHULUAN
     
  2. PERTIMBANGAN SKIM LDPSL
    • UMUR
    • TEMPOH KURSUS
    • AM
       
  3. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
    • PEGAWAI YANG MENJALANI LDPSL
      • Gaji
      • Bonus
      • Elaun Sara Hidup, Elaun Tempat Tinggal dan Elaun
      • Elaun Tempat Tinggal
      • Elaun Buku
      • Elaun Perjalanan
      • Elaun Pakaian
      • Elaun Bantuan Projek Pembelajaran
      • Perbelanjaan Akademik
      • Perbelanjaan Rawatan Perubatan
      • Tambang Pelayaran
      • Elaun Persinggahan
      • Perbezaan Kemudahan
      • Penghantaran Balik Barang-Barang Peribadi Setelah Tamat Kursus
         
    • PEGAWAI-PEGAWAI YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN – PERUBAHAN SKIM LDP & KEMUDAHAN
       
  4. PERATURAN-PERATURAN LAIN
    • MENINGGALKAN NEGERI TEMPAT BERKURSUS
    • PERCUTIAN MENINGGALKAN TEMPAT BERKURSUS
       
  5. SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DALAM NEGERI
     
  6. PELAKSANAAN
    • PENYELARASAN PENERIMA SKIM LDP SEMASA PELAKSANAAN PERATURAN INI.
    • PENGECUALIAN
    • PIHAK MENELITI DAN MEMPERTIMBANGKAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
    • PERMOHONAN DAN SOKONGAN KEMENTERIAN/JABATAN
    • SEKRETARIAT BADAN MEMPERTIMBANGKAN LDP
       
  7. MAKLUMAT TAMBAHAN YANG BERKAITAN DENGAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
     
  8. TAMAT PENGAJIAN
     
  9. TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
     
  10. BORANG PERMOHONAN LDP
  11. PERTANYAAN LANJUT
     
  12. LAMPIRAN 1 KRITERIA-KRITERIA AM PEGAWAI TERBAIK SEBAGAI PANDUAN SAHAJA
     
  13. RANKING KESELURUHAN BAGI UNIVERSITI TERKEMUKA DI DUNIA

     

  14. LAMPIRAN III TEMPOH IKATJANJI (BOND)
     
  15. LAMPIRAN IV NEGARA TEMPAT KURSUS MENGIKUT KUMPULAN

back to top

TAWARAN BAGI MENGIKUTI KURSUS LATIHAN DALAM
PERKHIDMATAN DALAM NEGERI BAGI JAWATAN KERANI

Calon / Pemohon dari Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti kursus di peringkat Sijil dan seterusnya peringkat Diploma dalam bidang Kesetiausahaan melalui Skim Latihan Dalam Perkhidmatan di Institusi-Institusi dalam negeri.

  1. SYARAT-SYARAT AM
    1. Memenuhi Syarat-Syarat dan Peraturan-Peraturan seperti dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 27/1988 (Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat yang mengawal mengenai dengan Latihan Dalam Perkhidmatan Dalam Negeri) dan Surat Pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
    2. Memenuhi syarat kemasukan institusi-institusi bagi mengikuti kursus yang ditawarkan.
       
  2. TATACARA MENGHADAPKAN SOKONGAN DAN BORANG PEMOHONAN.
    1. JawatanKuasa Perkembangan Sumber Tenaga Manusia hendaklah memastikan sepenuhnya supaya semua pemohonan yang dihadapkan adalah memenuhi semua syarat, dasar dan peraturan yang berjalan pada masa ini termasuk perancangan Kementerian/Jabatan masing-masing.
    2. Sokongan hendaklah ditandatangani oleh Ketua Jabatan sendiri dan hendaklah dibubuh Nama,
      Jawatan dan Cop Jabatan
      .
    3. Borang mestilah diisi dengan lengkap dan sempurna dengan menyertakan sijil-sijil kelulusan.
    4. Ketua Jabatan hendaklah memastikan borang permohonan adalah lengkap dan sempurna dengan menyertakan perkara-perkara berikut:
      • Salinan laporan Penilaian Prestasi yang terkini
      • Rekod perkhidmatan yang terkini

      Peringatan:
      Pemohonan yang dihadapkan tidak perlu menyertakan surat penerimaan tawaran tempat kursus memandangkan proses permohonan dihadapkan sendiri oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ke institusi berkenaan.
       

    5. Sokongan hendaklah dihadapkan dengan menggunakan BORANG LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN sebanyak 1 salinan melalui Setiausaha Jawatankuasa Perkembangan Sumber Tenaga Manusia Kementerian masing-masing kepada:

      Unit Pengurusan LDP
      Bahagian Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan,
      Jabatan Perkhidmatan Awam,
      Tingkat 3, Bangunan SPA,
      Lapangan Terbang Lama,
      Berakas BB3510,
      Negara Brunei Darussalam

      Tel: +673 2 383413 dan +673 2 38414
      Fax: +673 2 383013 dan + 673 2 383862

       
    6. Borang Latihan Dalam Perkhidmatan bolehlah didapati dengan melayari website www.jpa.gov.bn
       
  3. TARIKH AKHIR MENERIMA SOKONGAN
    1. Sokongan Kementerian berserta borang permohonan Latihan Dalam Perkhidmatan yang LENGKAP mestilah sampai ke Jabatan Perkhidmatan Awam dengan SEGERA.
       
    2. Borang yang diterima setelah tarikh tutup tidak akan diproses untuk dipertimbangkan dan AKAN DIKEMBALIKAN.

       

Surat Pemberitahuan ini adalah berkuatkuasa mulai 15hb Januari 2009.

 

back to top

Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above.