Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPinjaman Pegawai
Power by IT & E-Government,
Prime Minister's Office

Pinjaman Pegawai


​Hubungi Kami
​Tel : 2382469
Fax :
e-mel : info.psd@psd.gov.bn


MAKLUMAT

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERSONEL UNTUK PROGRAM PEMINJAMAN 'SECONDMENT' PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DENGAN SEKTOR SWASTA

Surat keliling ini bertujuan menyediakan satu garis panduan baru mengenai pengurusan personel untuk program peminjaman 'secondment’ pegawai-pegawai Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan sektor swasta. Surat Keliling ini dengan sendirinya membatal dan menggantikan Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 9/2000.

Tujuan garis panduan ini adalah seperti berikut:


Menerangkan kaedah pengurusan personel dalam proses peminjaman 'secondment' pegawai-pegawai Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan sektor swasta (sama ada kepunyaan Kerajaan atau sektor swasta sepenuhnya);


Menghuraikan terma-terma/syarat-syarat perkhidmatan yang akan dikenakan kepada pegawai-pegawai vang dipinjamkan serta agensi sektor swasta yang meminjam pegawai itu nanti; dan


Membantu pihak-pihak berkenaan melaksanakan program peminjaman dengan berkesan dan betul.


  1. TAKRIF SEKTOR SWASTA

    Bentuk Sektor Swasta
    i. Pada masa kini takrif sektor swasta dimana pegawai-pegawai Kerajaan yang ditempatkan untuk bertugas di bawah program peminjaman atau dipinjamkan adalah berpandukan kepada konsep penswastaan agensi¬-agensi Kerajaan berkenaan. Dalam apa jua keadaan apabila agensi-agensi Kerajaan diswastakan dan dengan faedah yang berkenaan; fungsi, tanggungjawab, hak milik dan penguasaan, bagaimanapun masih tertetak pada Kerajaan. Hatta ketetapan terma perkhidmatan akan ditentukan berdasarkan kedudukan sesuatu kes itu.

    ii. Diantara bentuk sektor swasta yang dimaksudkan ialah:
    a. Sebahagian daripada agensi kepunyaan Kerajaan;
    b. Sebuah organisasi syarikat perniagaan (korporatisasi);
    c. Perjanjian kontrak bagi melaksanakan projek atau menyediakan perkhidmatan tertentu kepada Kerajaan; dan
    d. Sebuah organisasi komersial bukan kepunyaan Kerajaan-swasta sepenuhnya.

    Perundingan Bersama

    iii. Agensi swasta berkenaan hendaklah berunding dengan pihak Kerajaan berkenaan bagi mendapat persetujuan bersama khususnya tentang terma dan syarat-syarat peminjaman pegawai yang bakal dikenakan kepada pegawai yang akan dipinjamkan.

    Tanggungjawab Syarikat Yang Menjalani Program Peminjaman

    iv. Pegawai yang terlibat akan ditawarkan terma dan syarat perkhidmatan kerja yang 'tidak kurang baiknya' (not less favourable) berbanding dengan terma dan syarat perkhidmatan semasa mereka berkhidmat penuh dengan Kerajaan.


  2. PERANAN AGENSI KERAJAAN : PERJAWATAN DI AGENSI ASAL

    i. Apabila seseorang pegawai Kerajaan telah diputuskan untuk dipinjamkan ke sesebuah sektor swasta:

    a. Peruntukan jawatan pegawai yang dipinjamkan akan dikekalkan di Jabatan asal dan boleh diisikan menurut peraturan yang berkuatkuasa pada masa ini; dan.
    b. Jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas hendaklah diwujudkan di Kementerian berkenaan dan pegawai asal yang dipinjamkan akan dipindah ke jawatan ini.

    ii. Apabila pegawai yang dipinjamkan kembali ke Kementerian asalnya:
    a. Kementerian asal akan memohon waran perjawatan bagi pewujudan jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas mengikut tanggagaji yang bersesuaian;
    b. Jika pegawai berkenaan diaturkan atau ditempatkan untuk menjawat jawatan yang lain atau dipindah bekerja ke Kementerian/Jabatan lain, jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas yang dipegangnya akan ditiadakan; dan
    c. Mereka akan menerima gaji, elaun dan kemudahan lain yang layak diterimanya di jawatan asal dalam perkhidmatan Kerajaan.

    iii. Semasa pegawai tersebut dalam peminjaman, Kementerian asal akan bertanggungjawab terhadap kemajuan kerjaya pegawai berkenaan kecuali bagi pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (BAS) adalah di bawah kawatan Jabatan Perkhidmatan Awam.


  3. TERMA PROGRAM PEMINJAMAN KE SEKTOR SWASTATERMA PROGRAM PEMINJAMAN KE SEKTOR SWASTA

    i. Pegawai-pegawai Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ditempatkan secara sementara di sektor swasta adalah di bawah program peminjaman.

    ii. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, boleh meminjamkan mana-mana anggota perkhidmatan awamnya kepada badan berkanun Kerajaan atau organisasi swasta sama ada di dalam atau di luar Negara Brunei Darussalam. Secara ringkasnya, tugasan adalah dianggap dipinjamkan ('secondment') apabila seorang pegawai diaturkan bertugas/dipinjamkan di agensi lain seperti badan berkanun Kerajaan atau organisasi korporat/swasta yang mengambil keuntungan ('profit oriented private organisation').
    *** Takrif

    iii. Bayaran surcaj dikenakan kepada organisasi peminjam sebanyak tiga puluh peratus (30%) sebulan dan dibayar kepada Perbendaharaan Kerajaan berdasarkan kadar gaji pokok pegawai yang dipinjamkan itu.
    *** Surcaj

    iv. Bayaran tabungan pencen/baksis akan dikira secara pro-rata berasaskan kepada gaji pokok Pegawai yang dipinjamkan itu (tempoh perkhidmatan dengan agensi peminjam diambil kira untuk tujuan faedah pencen). Sebagai contoh, seorang pegawai yang dipinjamkan jika kembah ke Kementerian asal akan menerima gaji menurut tanggagaji asalnya. Bagi tujuan faedah pencen, perkiraannya adalah tertakluk kepada gaji pokok yang diberikan oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun pegawai berkenaan berhak menerima faedah-faedah menamatkan perkhidmatan agensi peminjam.
    *** Skim Pencen/ Baksis

    v. Agensi peminjam akan menanggung pembayaran gaji pegawai yang dipinjamkan sepanjang tempoh pegawai berkenaan dipinjamkan.
    *** Pembayaran Gaji

    vi. Semua kemudahan-kemudahan dan keistimewaan pegawai yang akan dipinjamkan akan ditanggung oleh agensi peminjam seperti hak cuti, perumahan, rawatan perubatan dan pergigian, elaun pelajaran, elaun, elaun perjalanan, elaun-elaun tambang, cukai pendapatan peribadi (jika ada), bonus, elaun dan kemudahan.
    *** Kemudahan-kemudahan

    vii. Pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang dipinjamkan tidak dibolehkan menikmati kemudahan-kemudahan/keistimewaan yang sama dihulurkan oleh Kerajaan dalam waktu pegawai dipinjamkan ke agensi peminjam.

    viii. Pegawai yang dipinjamkan di sektor swasta akan diberhentikan gaji yang mereka terima daripada Kerajaan tetapi perkhidmatannya dengan Kerajaan (iaitu kelamaan/'seniority') adalah berjalan terus seperti biasa.
    *** Tempoh Perkhidmatan Dengan Kerajaan

    ix. Laporan Penilaian Prestasi Tahunan pegawai-pegawai yang dipinjamkan akan dibuat oleh agensi-agensi berkenaan. Laporan Penilaian Prestasi tahunan tersebut mestitah dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (BAS) dan Kementerian yang berkenaan bagi pegawai-pegawai lain pada bulan Oktober setiap tahun.
    *** Penilaian Prestasi

    x. Sepanjang tempoh dipinjamkan, pegawai yang berkenaan hendaklah mematuhi apa jua syarat dan peraturan agensi peminjam. Jika pegawai yang dipinjamkan itu melakukan kesalahan jenayah atau sivil maka tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya menurut Perintah¬Perintah Am (General Orders), 1961 dan peraturan-peraturan yang berjalan pada masa ini disamping peraturan-peraturan yang terdapat di agensi peminjam.
    *** Syarat-Syarat Bekerja/ Tindakan Tatatertib

    xi. Kemudahan perumahan tidak akan disediakan oleh Kerajaan, jika mendiami rumah kerajaan, agensi peminjam akan membayar sewa rumah tersebut pada harga pasaran komersial atau sebaliknya pegawai dikehendaki mengosongkan rumah tersebut dengan serta merta jika tidak diperlukan.