TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT PENGURUSAN PERSONEL
  
 
 Unit Pentadbiran
  - Mengurus dan mentadbir peruntukan jabatan dengan teratur dan pada tahap yang optima;
 - Mengurus dan mentadbir hal ehwal pegawai dan kakitangan; 
 - Memberikan perkhidmatan sokongan kepada bahagian-bahgaian lain  ke arah mencapai matlamat jabatan Perkhidmatan Awam.
 - Urusetia kepada sambutan hari perkhidmatan awam (HPA);
 - Membuat perancangan dan perlaksanaan pemilihan, perlantikan, latihan, penetapan jawatan, kenaikan pangkat, pertukaran dan urusan faedah-faedah pegawai-pegawai dalam perkhidmatan pentadbiran brunei (b.a.s) dan kesetiausahawan;
 - Membuat perancangan dan perlaksanaan kenaikan pangkat dan pertukaran  pegawai-pegawai kanan dalam perkhidmatan profesional, pengurusan dan teknikal;
 - Pengurusan rekod perkhidmatan awam yang berkesan dan bersistematik.
 - Menyediakan suasana kerja yang sihat, harmoni dan selamat kepada setiap warga JPA semasa menjalankan tugas.
  
 
 
 Unit Kewangan
  - Menyediakan dan meneliti cadangan peruntukan anggaran belanjawan tahunan JPA.
 - Memantau peruntukan dan perbelanjaan Jabatan bagi semua pembelian dan pesanan termasuk perbelanjaan menggunakan wang panjar.
 - Mengurus Perbelanjaan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam yang dikendalikan oleh JPA.
 - Menyediakan surat lantikan kepada pembekal.
 - Memproses pembayaran melalui sistem TAFIS.
 - Memproses pembayaran elaun memangku, elaun lebih masa, gaji bulan gaji hari elaun perjalanan tetap, elaun rumah dan hitung kilometer.
 - Memproses perkiraan Bonus bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan.
 - Memproses kenaikkan gaji tahunan Pegawai dan Kakitangan Jabatan setelah mendapat kebenaran EB dan Sekatan EB.
 - Mengemaskini kenaikan gaji ke dalam GEMS.
 - Menyediakan barang-barang keperluan Pakaian Seragam Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kerajaan bagi Majlis Sambutan Hari Keputeraan.
  
 
 
 Unit Perhubungan Awam dan Koordinasi
  - Berhubung dengan sektor kerajaan, sektor swasta, orang awam dan media.
 - Memantapkan imej Jabatan Perkhidmatan Awam melalui komunikasi korporat dan pengurusan perhubungan pelanggan.
 - Sebagai pusat rujukan maklumat utama sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam.
 - Menggumpulkan maklumat Surat Pemberitahuan, Surat Keliling dan Titah-Titah Hari Perkhidmatan Awam.
 - Membuat percetakan-percetakan buku dan risalah Jabatan.
 - Bertanggungjawab mengemaskini dan penyelenggaran laman web Jabatan.
 - Merancang aktiviti-aktiviti tahunan Jabatan.
 - Untuk membantu dalam menangani aduan dan cadangan hal ehwal Perkhidmatan Awam.
 - Urusetia bagi Jawatankuasa Pandu Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Tekad Pemedilian Orang Ramai (TPOR)
 - Urusetia bagi Majlis Mesyuarat Negara (MMN) Jabatan Perkhidmatan Awam
  
  |