Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatihan Dalam Pekhidmatan


 

  1. Saya seorang pegawai dalam perkhidmatan sebulan kesebulan, bolehkah saya mengikuti kursus sarjana muda dan sarjana di institut pengajian tinggi di dalam atau luar negeri?



    Jawapan:
    Pegawai dalam perkhidmatan sebulan kesebulan bolehlah dipertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda/sarjana di UBD/seberang laut secara Skim Cuti Belajar dengan syarat memenuhi syarat-¬syarat kelayakan yang ditetapkan dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil.2/1991 atau 27/1988 serta Surat Pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan awam Bil.1/2005 seperti berikut:

    i.   Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi dalam tahap yang ditetapkan bagi tempoh tiga tahun kebelakangan (Ruj: para 1.2 Surat Pemberitahuan JPA Bil.1/2005);
    ii.  Walau bagaimanapun, bagi Pegawai yang tidak memenuhi syarat di atas masih boleh dipertimbangkan jika:
    iii. Jawatan yang skim perkhidmatan atau skim latihannya memerlukan pemegang jawatan tersebut mengikuti kursus;
    iv. Pegawai berkenaan dicadangkan untuk disokong bagi rancangan penggantian pegawai berkontrak atau yang akan bersara. (Ruj: para 4.2 Surat Pemberitahuan JPA Bil.1/2005).

    (Sumber: Bahagian Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan)



  2. Pada hujung tahun ini saya akan menamatkan kursus 3 tahun yang mana telah dibenarkan oleh kerajaan melalui latihan dalam perkhidmatan, adakah saya mempunyai kemudahan untuk isteri dan anak-anak saya menamani perjalanan pulang saya ke Negara Brunei Darussalam sedangkan isteri dan anak-anak saya masih berada di Brunei?



    Jawapan:
    Pegawai yang mengikuti kursus tiga tahun akademik atau Iebih akan diberikan kemudahan tiket/tambang pergi ke/balik dari tempat berkursus perjalanan melalui udara menurut kadar harga tiket yang termurah jika membawa seorang isteri/suami dan maksima empat orang anak yang berumur di bawah 18 tahun. (Ruj: para 2.2.6.2 (i) Surat Keliling JPM BiI.13/2004).

    Isteri dan anak yang akan menemani perjalanan pulang di akhir kursus boleh diberikan kemudahan tiket pulang/pergi dari Negara Brunei Darussalam dengan syarat pegawai berkenaan belum pernah menuntut tambang berkenaan di awal memulakan kursus.

    (Sumber: Bahagian Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan)



  3. Saya amat berminat untuk meningkatkan diri saya dengan mengikuti kursus sarjana di luar negeri dan telah pun mendapat penerimaan (acceptance) dari universiti yang saya pohonkan. Adakah saya masih berhak untuk mendapat biaya penuh kerajaan sedangkan saya telah mencapai umur 51 tahun?



    Jawapan:
    Pegawai yang akan mengikuti kursus di dalam atau luar negeri hendaklah memenuhi tempoh ikatjanji yang telah ditetapkan serta mempunyai lebihan tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan sekurang-kurangnya dua tahun selepas menamatkan tempoh ikatjanji. (Ruj: para 1.3 Surat Pemberitahuan JPA Bil.1/2005). Walau bagaimanapun pegawai tersebut yang tidak memenuhi syarat untuk mengikuti kursus berkenaan akan boleh diberikan pengecualian atas pertimbangan pihak Kerajaan.

    (Sumber: Bahagian Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan)



  4. Berapa lamakah tempoh ikatjanji yang harus saya tunaikan bagi kursus di luar negeri yang akan saya ikuti untuk 9 bulan, 12 bulan, 15 bulan dan 18 bulan dibawah skim Latihan Dalam Perkhidmatan Penuh? Adakah tempoh ikatjanji ini juga digunakan seandainya saya mengikuti kursus berkenaan dibawah skim Cuti Belajar? Adakah ikatjanji berkenaan dikenakan kepada saya seandainya saya mengikuti kursus berkenaan di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Negara ini?



    Jawapan:
    Seseorang pegawai yang mengikuti kursus Latihan Dalam Perkhidmatan sama ada Dalam dan Luar Negeri dalam apa jua kategori Anugerah Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Kerajaan menurut surat keliling Jabatan Perdana Menteri bilanngan 2/1991 dan 27/ 1988 adalah dikenakan ikat janji menurut tempoh kursus yang diikuti, misal nya:

    30 hari – kurang 4 bulan = 1 tahun
    4 bulan – kurang 8 bulan = 2 tahun
    8 bulan – kurang 1 tahun = 3 tahun
    1 tahun – kurang 2 tahun = 5 tahun
    2 tahun – kurang 3 tahun = 7 tahun

    (Sumber: Bahagian Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan)



  5. Saya telah memohon untuk mendapatkan biaya kerajaan untuk mengikuti kursus sarjana di UBD mulai awal September ini dan saya juga telah mendapat surat penerimaan dari pihak UBD. Saya mempunyai hak cuti selama 3 bulan. Bolehkah saya memulakan kursus dengan mengambil cuti tiga bulan dari pejabat saya seandainya kebenaran pihak Kerajaan lambat saya terima?



    Jawapan:
    Sekiranya keputusan mengikuti kursus belum diperolihi, pegawai boleh mengambil baki cuti tahunan dengan kebenaran Ketua Jabatan, jika berkelayakan. Cuti yang telah dibenarkan dalam tempoh kursus, dengan sendirinya batal setelah ada kebenaran.

    [Sumber: Bahagian Perkhidmatan Personel - JPA]


        
  6. Saya telah diarahkan untuk berkhidmat di luar negeri untuk tiga tahun, bolehkah saya mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan diri saya dangan mengikuti kursus sarjana secara part-time atas biaya saya sendiri?



    Jawapan:
    Awda yang berhasrat untuk mengikuti kursus di seberang laut/di dalam negeri samada secara part-time atas perbelanjaan Kerajaan atau persendirian hendaklah mendapat kebenaran pihak Kerajaan. Awda bolehlah menghadapkan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Ketua Jabatan awda dengan menggunakan borang tertentu.

    (Sumber: Bahagian Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan)