Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPeperiksaan Perkhidmatan Awam

   

  1. Saya baru saja dilantik ke jawatan B2 bolehkah saya menyertai Peperiksaan Perkhidmatan Awam?

    Jawapan:
    Ya, iaitu untuk kertas Peraturan-Peraturan Kewangan (Financial Regulations) dan Perintah Perintah Am dan Peraturan Perkhidmatan (General Orders) sahaja dengan tempoh masa yang tidak terhad. Walau bagaimanapun awda adalah juga dikehendaki menduduki sebarang peperiksaan (jika ada) yang dianjurkan oleh Jabatan awda. Peperiksaan ini adalah merupakan pra-syarat bagi semua pegawai yang manjawat jawatan dalam tanggagaji B2/B2 EB3 dan B3 sebelum pegawai tersebut dinaikkan pangkat ke tanggagaji yang lebih tinggi.

    [Sumber: Bahagian Pembangunan dan Pengurusan – JPA)



  2. Saya adalah seorang pegawai dalam jawatan B2EB3 dan kelulusan akademik saya adalah dalam bidang undang-undang? Adakah saya juga dimestikan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam?

    Jawapan:
    Ya, Menurut Surat Pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan Awam bilangan 7/2005 semua pegawai dalam tanggagaji B2 keatas termasuk pegawai¬pegawai dalam tanggagai B3 dan yang sebanding yang belum lulus peperiksaan berkaitan adalah dikehendaki lulus kecuali pemegang-¬pemegang jawatan Pensyarah/Tutor Universiti Brunei Darussalam sebelum pegawai tersebut dinaikkan pangkat pada tahap tanggagaji yang lebih tinggi.

    [Sumber: Bahagian Pembangunan dan Pengurusan – JPA)



  3. Pada masa ini saya diarahkan memangku jawatan dalam Kumpulan 3, adakah saya dimestikan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam?

    Jawapan:
    Ya, sepertimana menurut para 2 Surat Pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan bilangan 7/2005 "Pegawai-pegawai yang telah dinaikkan pangkat kejawatan-jawatan dalam tanggagaji B3 dan yang sebanding yang belum lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam adalah dikehendaki lulus sebelum ianya dinaikkan tangkat pada tahap tanggagaji Kumpulan 3 dan Kumpulan 2 atau sebanding.

    [Sumber: Bahagian Pembangunan dan Pengurusan – JPA)



  4. Jawatan yang saya sandang pada masa ini memerlukan untuk saya menduduki peperiksaan professional sebelum saya ditetapkan dalam jawatan berkenaan, adakah saya juga dimestikan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam?

    Jawapan:
    Ya, seperti keterangan dipara 6 di atas, walau bagaimanapun, menurut para 3 Surat Pemberitahuan berkenaan "pengkategorian jawatan-jawatan professional bagi pengecualian daripada menduduki peperiksaan berkenaan akan diteliti dan dikemaskini dari masa kesemasa dan ianya juga akan tertakluk kepada Skim Perkhidmatan yang diluluskan/disokong.

    [Sumber: Bahagian Pembangunan dan Pengurusan – JPA)



  5. Tugas utama saya ialah mempraktis undang-undang Negara Brunei Darussalam, adakah saya juga dimestikan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam?

    Jawapan:
    Ya, seperti keterangan dipara 6 di atas

    [Sumber: Bahagian Pembangunan dan Pengurusan – JPA)



  6. Jabatan saya pernah menyokong untuk saya dinaikkan pangkat dalam tanggagaji B.3 tetapi tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam memandangkan saya belum lagi lulus Peperiksaan GO/FR. Oleh kerana saya baru saja lulus Peperiksaan berkenaan bolehkah saya dipertimbangkan semula?

    Jawapan:
    Awda bolehlah memaklumkan melalui Ketua Jabatan supaya permohonan berkenaan dihadapkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbagkan selanjutnya ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

    [Sumber: Bahagian Pembangunan dan Pengurusan – JPA)



  7. Apakah matapelajaran-matapelajaran yang perlu diambil dalam peperiksaan Kerani-Kerani Rendah oleh Kerani Tingkatan III bagi memenuhi salah satu syarat lantikan?

    Jawapan:
    i.  Aturan Pejabat;
    ii. Pengetahuan Am; dan
    iii. Surat Menyurat.

    (Sumber: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan - JPA)