Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSekapur Sirih




Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya jua, Jabatan Perkhidmatan Awam telah berjaya menerbitkan sebuah laman sesawang rasmi yang telah diperbaiki untuk pengunaan Awam. Ianya adalah salah satu usaha berterusan Jabatan ini untuk memberigakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan ini, dalam masa yang sama jua, untuk meningkatkan kefahaman dan kewahaman warga Perkhidmatan Awam mengenai dengan jabatan ini.

Ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan menjelaskan fungsi, dan tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Awam secara menyeluruh, dan juga fungsi di setiap bahagian di bawah Jabatan ini.

Peramba/Saya berharap bahawa laman sesawang ini dapat dimanfaatkan dan berguna kepada warga perkhidmatan awam, mahupun orang ramai yang ingin berurusan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Peramba/Saya juga mendoakan agar segala usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam di Negara ini akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala jua. Amin.

Sekian. Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam