Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksUnit Pengurusan Strategik


SEJARAH PENUBUHAN UNIT PENGURUSAN STRATEGIK

  • Unit Pengurusan Strategik (UPS) adalah satu unit yang ditubuhkan khas di bawah Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam. Unit ini ditubuhkan pada tahun 2012 bagi menggantikan Kumpulan Pemikir Strategik (KPS) dan menaik taraf KPS kepada sebuah unit khas yang dinamakan sebagai Unit Pengurusan Strategik (UPS) yang mana mendokong Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam menangani masalah-masalah strategik dan perlaksanaan projek yang berkaitan dengannya secara berterusan.

PERANAN UNIT PENGURUSAN STRATEGIK

  • Untuk mencapai Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perkhidmatan Awam memainkan peranan penting di bawah Strategi Pembangunan Institusi yang akan dapat meningkatkan kualiti pentadbiran, urustadbir dan kepimpinan di sektor awam dan swasta. Ia juga berhasrat untuk menjadikan perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi, dengan rangka perundangan dan peraturan yang moden dan pragmatik, serta prosedur kerajaan yang efisien dengan biokrasi yang minimum.
  • Unit Pengurusan Strategik (UPS) mempunyai peranan dalam memastikan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai agensi utama yang bertanggungjawab dalam mengurus, membangun dan merancang hal ehwal yang berkaitan dengan sumber manusia selaras dengan Wawasan Brunei 2035.
  • Peranan UPS ini adalah berkaitan dengan tumpuan bidang strategik ataupun Strategic Focus Area (SFA) Jabatan iaitu :

              * Kepimpinan yang inovatif dan kompeten

              * Dasar sumber manusia yang kukuh

              * Pegurusan sumber manusia yang cemerlang

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

PRIMARY ROLE

  • Penyediaan opsyen-opsyen strategik bagi pertimbangan Ketua Pengarah
  • Penghasilan laporan-laporan strategik berkenaan pencapaian kemajuan dan isu-isu atau cabaran untuk dibawa ke mesyuarat strategik dan disahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah
  • Mengenalpasti dan membuat jangkaan (forecasting) isu, cabaran dan peluang berkenaan dasar dan prosedur sedia ada sejajar dengan hala tujuan wawasan Perkhidmatan Awam dan perubahan Sumber Manusia sebagai kajian awal bagi bahagian-bahagian berkenaan
  • Menyelaras, memangkin serta mewujudkan pelan strategik Jabatan Perkhidmatan Awam serta mencadangkan KPI_KPI atau bidang strategik yang boleh mengukuhkan lagi fungsi, peranan, tugas dan tanggungjawab setiap bahagian
  • Memantau Usaha-Usaha Penambahbaikan dan Pembaharuan Jabatan yang telah dicapai dan dirancang untuk dilaksanakan dari masa ke semasa.

SECONDARY ROLE

  • Menyelaras, menyediakan serta membuat susulan terhadap input-input bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan (HOD) bagi Bahagian hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri, mesyuarat Strategik dan Pengurusan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Sebagai penyelaras bagi inisiatif-inisiatif dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di bawah Rangka Kerja Perkhidmatan Awam dengan memastikan pemantauan serta pelaksanaannya dijalankan.
  • Membuat pemantauan terhadap prestasi bahagian-bahagian di bawah jabatan Perkhidmatan Awam berdasarkan kepada pelan strategik JPA melalui Petunjuk Pretasi Utama.
  • Mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai dengan pencapaian-pencapaian kerja serta perancangan -perancangan bagi setiap bahagian di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Memantau Usaha-Usaha Penambahbaikan dan Pembaharuan Jabatan yang telah dicapai dan dirancang untuk dilaksanakan dari masa ke semasa.

UPS DELIVERABLES

PERKARA

KEKERAPAN

1. Penyediaan opsyen-opsyen strategik bagi pertimbangan Ketua Pengarah sebelum dibawa ke Mesyuarat Strategik

4 kali setahun

2. Penghasilan laporan-laporan strategik berkenaan pencapaian kemajuan dan isu-isu atau cabaran untuk dibawa ke mesyuarat strategik dan disahkan oleh Ketua Pengarah atau disahkan secara kolektif oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah

4 kali setahun

3. Mengenalpasti dan membuat jangkaan (forecasting)  isu, cabaran dan peluang berkenaan dasar dan prosedur sedia ada sejajar dengan hala tujuan wawasan Perkhidmatan Awam dan perubahan Sumber Manusia sebagai kajian awal bagi bahagian-bahagian berkenaan

Masa ke semasa

4. Merebiu semula KPI bahagian dan unit dan mencadangkan KPI-KPI atau bidang strategik yang boleh mengukuhkan lagi fungsi, peranan, tugas dan tanggungjawab setiap bahagian

Penggal Terakhir SetiapTahun Kewangan


UPS STRATEGIC PARTNERS OR NETWORKS

  • Ke arah mencapai keberkesanan peranan dan fungsi unit ini, UPS berhasrat mengukuhkan peluang kerjasama atau usahasama strategik bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan meningkatkan penglibatan jabatan dalam mewujudkan rangkaian kerjasama atau usahasama serantau atau antarabangsa.