Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksHome





​> Pengenalan KPA
> Menjadi Ahli
> Jenis-Jenis Keahlian dan Yuran
> Peraturan Kelab
> Maklumat Terkini
> Kalendar
> Fasiliti
> Aktiviti-aktiviti
> Hubungi Kami



KELAB PERKHIDMATAN AWAM, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM​ ​


Kelab Perkhidmatan Awam merupakan sebuah institusi yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ianya menempatkan beberapa kemudahan tempat bersukan, dewan acara dan bilik-bilik yang boleh digunakan untuk pelbagai acara.


Ditubuhkan pada 26 Ogos 1990 dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Ianya dihasratkan untuk memberi ruang kemudahan kepada Ahli Kelab menjalankan berbagai aktiviti sukan dan beriadah bersama ahli keluarga.


Kelab Perkhidmatan Awam membuka ruang kepada semua kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi ahli berdaftar dengan kadar bulanan yang minima mengikut peringkat pangkat kakitangan awam berkenaan.

OBJEKTIF

  • Memupuk perasaan harmoni, perpaduan, persefahaman dan tali persahabatan yang erat dikalangan semua anggota perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam.
  • Sebagai pusat sukan dan riadah anggota perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam.
  • Menyediakan tempat dan kemudahan sukan dan riadah untuk kegunaan kelab-kelab dan persatuan-persatuan jika diperlukan.   

VISI

  • Sebagai Pusat Perpaduan Komuniti Dikalangan Warga Perkhidmatan Awam.


MISI

  • Menjadikan Kelab sebagai wadah perpaduan dikalangan warga perkhidmatan awam.
  • Sebagai medium kearah warga yang sihat dengan melakukan berbagai aktivti sukan dan beriadah
  • Mempelbagaikan kemudahan yang sedia ada untuk aktiviti profesionalisma seperti bengkel, seminar, mesyuarat, klinik sukan dan sebagainya.
  • Menjadikan Kelab sebagai tumpuan warga perkhidmatan awam bersama keluarga untuk melakukan aktiviti beriadah dan sukan dalam suasana yang selamat, harmoni dan kondusif.
  • Menggunapakai bangunan kerajaan semaksima mungkin.