Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPembantu Rumah atau Penjaga


  • Ahli Kelab yang membawa Pembantu Rumah atau penjaga yang ditugaskan menjaga anak-anak ahli adalah dibenarkan masuk ke dalam premis Kelab.
  • Pembantu Rumah atau Penjaga tidak dibenarkan menggunakan peralatan dan kemudahan yang ada dalam kelab.
  • Pembantu Rumah atau Penjaga adalah dibenarkan masuk ke kolam renang untuk menjaga anak-anak kecil majikannya.
  • Keselamatan dan kesejahteraan Pembantu Rumah atau Penjaga adalah tanggungjawab ahli itu sendiri.
  • Pembantu Rumah ahli boleh dikenakan ganti rugi pada kadar yang ditentukan dan diluluskan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda (peralatan sukan, perabot, barangan elektrikal & mekanikal) atas sebab kecuaian sendiri atau ahli keluarga.
  • Kelab Perkhidmatan Awam tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan ganti rugi dari Pembantu Rumah atau Penjaga terhadap kecederaan, kecelakaan dan kehilangan harta benda atau seumpamanya semasa berada di dalam kawasan kawasan kelab.
  • Peraturan ini akan sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa.