Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPeraturan Penggunaan Gelanggang Futsal

Semua pengguna tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:

PERATURAN AM

  • Gelanggang Futsal adalah untuk kegunaan Ahli Kelab Perkhidmatan Awam yang berdaftar sahaja bersama dengan ahli keluarga dan tetamu (pasukan).
  • Pengguna hendaklah berpakaian sukan yang sesuai. Penggunaan selipar, sandal dan bukan kasut sukan semasa bermain adalah dilarang sama sekali.
  • Pengguna hendaklah menjaga segala kemudahan yang ada di dalam kawasan atau sekeliling gelanggang futsal dengan sebaiknya.
  • Tidak dibenarkan menggunakan gelanggang (bermain) pada waktu hujan dan cuaca buruk. Pengawal Keselamatan diberi kuasa untuk memberhentikan permainan.
  • Masa-masa yang dibenarkan menggunakan gelanggang futsal adalah mengikut waktu-waktu Kelab Perkhidmatan Awam dibuka.
  • Penggunaan gelanggang selain pada waktu yang telah ditetapkan hendaklah dengan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pihak Pengurusan Kelab bagi mengelakkan pertembungan penggunaan dengan ahli yang lain.
  • Pengguna luar yang bukan Ahli Kelab Perkhidmatan Awam yang ingin menggunakan gelanggang mestilah mendapatkan kebenaran dari pihak Pengurusan dengan dikenakan bayaran seperti yang telah ditetapkan.
  • Kegunaan gelanggang adalah untuk aktiviti sukan yang dibenarkan sahaja.
  • Tidak dibenarkan bersandar, memanjat atau merosakkan pagar gelanggang.
  • Pencerobohan adalah dilarang keras.



PERATURAN KHUSUS

  • Gelanggang Futsal hendaklah ditempah (booked) terlebih dahulu bagi mengelak sebarang pertembungan pengunaan dengan ahli yang lain.
  • Setiap tempahan hanya boleh dilakukan oleh Ahli Kelab itu sendiri. Tempahan melalui wakil tidak akan dilayan begitu juga tempahan oleh anak ahli juga tidak akan diterima.
  • Tempahan hendaklah dibuat di kaunter penyambut tetamu atau melalui telefon.
  • Sekurang-kurangnya seorang Ahli Kelab berada dalam komposisi atau kumpulan yang bermain. Nota: Peraturan dalam hal ini akan ditiadakan jika Kelab telah diberikan kebenaran untuk mengenakan bayaran kepada pengguna yang bukan ahli kelab.
  • Anak-anak ahli tidak dibenarkan menempah gelanggang untuk bermain bersama rakan sekolah, jiran atau kawan sebayanya.
  • Penggunaan gelanggang futsal hanya diberikan selama 1 (satu) jam sahaja bagi setiap tempahan. Kecuali jika tidak ada tempahan lain selepas itu, pemain boleh meneruskan penggunaan sehingga ada/masa tempahan seterusnya.
  • Ahli Kelab yang membuat tempahan hendaklah memastikan kebersihan kawasan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan harta benda yang ada di kawasan permainan.
  • Jika dalam komposisi pemain/pengguna itu terdiri dari 2 atau lebih ahli kelab, hanya seorang sahaja ahli yang dibenarkan untuk membuat tempahan penggunaan. Ini bermaksud, tempahan hanya dikira sekali (1 jam sahaja).
  • Ahli Kelab yang membuat tempahan dan seterusnya menggunakan gelanggang futsal bersama pasukannya adalah bertanggungjawab untuk memastikan mereka/pasukan berkelakuan baik dan mematuhi peraturan kelab yang sedia ada dan mematuhi arahan yang diberikan oleh Pengawal Keselamatan Kelab.
  • Ahli tidak dibenarkan menggunakan gelanggang untuk menganjurkan perlawanan-perlawanan rasmi. Perlawanan persahabatan adalah dibenarkan.
  • Kunci Gelanggang Futsal boleh didapati dari Pengawal Keselamatan di kaunter penyambut tetamu.
  • Jaring pintu gol (Goal Post Net) boleh didapati di kaunter penyambut tetamu. Pengguna hendaklah memasang sendiri jaring yang disediakan dan mengembalikannya kepada Pengawal Keselamatan/Penyambut Tetamu sebaik sahaja selesai menggunakannya.
  • Ahli Kelab yang menggunakan gelanggang futsal hendaklah melaporkan sebarang kerosakan harta benda yang terjadi kepada Pengawal Keselamatan.
  • Ahli adalah ditegah untuk membenarkan No Keahlian atau Kad Keahlian digunakan oleh orang yang bukan ahli dengan niat orang itu akan diberikan kebenaran penggunaan. Perlu ditekankan, tanggungjawab sepenuhnya adalah diatas bahu Ahli itu sendiri.
  • Tutup suis lampu setelah selesai menggunakan gelanggang futsal atau sebelum meninggalkan kawasan gelanggang (penggunaan waktu malam).
  • Ahli boleh dikenakan ganti rugi pada kadar yang ditentukan dan diluluskan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda (peralatan sukan, perabot, barangan elektrikal & mekanikal) atas sebab kecuaian sendiri, ahli keluarga atau rakan-rakan pemain).
  • Ahli dan pemain hendaklah hadir 10 minit sebelum masa penggunaan. Ahli hendaklah mematuhi masa penggunaan pada hari gelanggang itu ditempah. Jika gagal hadir selepas 25 minit masa penggunaan, tempahan itu dengan sendirinya dibatalkan dan diberikan kepada tempahan ahli seterusnya.
  • Peraturan ini akan sentiasa dikemaskini mengikut keadaan dari masa kesemasa.